PROGRAM ZIARAH PENTERNAK PKZ PAHANG

RAUB, 9 JUN 2023 – Baru-baru ini Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Raub telah mengadakan satu program ziarah penternak dan pekebun di Kampung Sungai Chalit yang diketuai oleh Ustaz Mohd Khairon bin Umar bersama dua pegawai lain iaitu Khairul Nain bin Mkhatar dan Ahmad Mustaqim bin Zainol Abidin. Program ziarah penternak ini juga turut disertai oleh ketua kampung Sungai Chalit iaitu Encil Adi dan Pengerusi Masjid Sg Chalit.

Di dalam Program ziarah ini pihak PKZ Pahang telah bertemu dengan seorang penternak iaitu Encik Sulaiman atau lebih mesra disapa Abang Man yang telah mengusahakan tanah miliknya seluas satu ekar dengan menjalankan ternakan kambing dan lembu, kolam ikan serta penanaman pelbagai jenis pokok seperti durian dan betik. Abang Man kini telah memiliki 11 ekor kambing dan 2 ekor lembu. 

Dengan wujudnya program ziarah penternak ini, pendedahan berkaitan zakat harta khususnya zakat ternakan juga telah diberikan kepada penternak dan pekebun agar mereka mendapat maklumat yang cukup berkaitan zakat selain dapat mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat khususnya penternak bersama PKZ Pahang.

Kongsikan di media sosial