RAMADANMU BERSAMAKU

KUANTAN, 19 Mac 2025 – Program RamadanMu BersamaKu yang dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang dengan kerjasama AFA Prime Berhad, Pengusaha Shell Negeri Pahang, dan Warung Mazenah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan, malah turut berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara pembayar zakat di Negeri Pahang dengan komuniti yang memerlukan. Seramai 263 penerima dari golongan kurang berkemampuan di sepanjang 20 lokasi Plaza Tol dan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1).

Program ini dimulakan dengan berkumpul di Tol Gambang dan telah dilepaskan secara konvoi oleh Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang. Setelah agihan selesai diberikan semua peserta akan berkumpul di Tol Gambang untuk memberikan edaran pek iftar sebanyak 200 pek kepada pengguna lebuh raya yang melalui Tol Gambang. Program ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib secara berjemaah.

PKZW Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang telah menjayakan Program RamadanMu BersamaKu ini, iaitu AFA Prime Berhad, Pengusaha Shell Negeri Pahang, dan Warung Mazenah. Semoga usaha murni ini dapat terus diperkukuhkan dan semangat kebersamaan yang terjalin akan terus memberi manfaat kepada masyarakat di masa hadapan

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen Binti Mohamad Razali
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial