Saya pembayar zakat pendapatan, pada tahun 2023 telah cukup umur 50 tahun dan boleh keluarkan wang KWSP dari akaun 2 sebanyak RM40,000,tetapi saya tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran kerana tiada keperluan buat masa sekarang, adakah wang KWSP tersebut wajib saya bayar zakat?
Ya, wajib zakat ke atas jumlah keseluruhan akaun 2 tersebut serta merta kerana telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat (milik sempurna dan cukup nisab).