SEMINAR ZAKAT DAN WAKAF DI POLISAS

KUANTAN, 3 September 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dan Wakaf Pahang dengan kerjasama pensyarah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) telah mengadakan satu Program Seminar Zakat dan Wakaf. Seminar ini telah berlangsung pada jam 9 pagi sehingga 1 petang di Dewan Auditorium Makmur JKE, POLISAS yang melibatkan seramai 240 orang pelajar dan 20 orang pensyarah.

Seminar tersebut telah diisi dengan empat slot pembentangan daripada wakil PKZ dan Wakaf iaitu Pegawai Bahagian Dakwah PKZ, Ustaz Mohd Nadhir Syafiq Bin Rameli, menyampaikan pembentangan bertajuk: “Perlaksanaan Zakat Di Negeri Pahang”, diikuti Pegawai Dakwah dari Wakaf Pahang, Ustaz Muhammad Fariruddin Bin Mohd Salleh menyampaikan taklimat “Perlaksanaan Wakaf Di Negeri Pahang”. Seterusnya, Pegawai Bahagian Pemasaran PKZ, Encik Mohd Abdul Khaliq Bin Mohd Nazir menyampaikan taklimat yang bertajuk “Pengenalan Zakat Perniagaan” dan akhir sekali adalah Penolong Pegawai Bahagian Dakwah PKZ, Ustazah Fatin Nor Azrin Binti Omar mengendalikan Kajian Kes dan Sesi Soal Jawab bersama pelajar. Antara objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan zakat harta dan wakaf serta cara perlaksanaanya di negeri Pahang dan mengukuhkan hubungan dua hala antara Pusat Kutipan Zakat Wakaf Pahang dan Institut Penhajian Tinggi.

Diharapkan semoga program ini dapat memberi impak yang baik kepada semua masyarakat amnya dan dapat memberi kesedaran awal kepada generasi bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial