SEMINAR ZAKAT DAN WAKAF IPT @ POLISAS 2023

KUANTAN, 31 November 2023 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah melaksanakan satu program Seminar Zakat dan Wakaf IPT dengan kerjasama Unit Pengajian Am & Moral Politeknik, Sultan Ahmad Shah (PoliSAS) yang berlangsung di Dewan Auditorium PoliSAS.

Program ini telah dihadiri seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada pelajar jabatan perdagangan (diploma akaun, perniagaan, kesetiausaahaan, logistik). Program ini telah diisi dengan pengisian dan penerangan pelaksanaan zakat di negeri Pahang yang telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin binti Omar, Penolong Pegawai Bahagian Dakwah PKZ Pahang. Berikutnya slot bertajuk ‘Ibadah Wakaf Saham Akhirat’ telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Ramly selaku Pegawai Dakwah Wakaf Pahang

Di dalam program ini juga turut diselitkan penerangan berkenaan pengenalan zakat perniagaan dan kajian kes zakat perniagaan yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pemasaran, Encik Mohd Abdul Khaliq bin Mohd Nazir. Program seumpama ini akan diperluaskan ke institusi-institusi pengajian tinggi lain bagi memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang ilmu zakat dan wakaf kepada para pelajar.

Diharapkan program ini mampu memberi impak yang baik kepada semua masyarakat di Negeri Pahang untuk memahami kefardhuan zakat dan wakaf seterusnya menjadi pembayar zakat dan wakaf pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial