SEMINAR ZAKAT DAN WAKAF PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGERI PAHANG

KUANTAN, 16 Mac 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Jabatan Syariah Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah mengadakan Program Seminar Zakat dan Wakaf sempena Bulan Zakat dan Wakaf peringkat negeri Pahang. Seminar ini telah berlangsung selama sehari bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai bidang dan juga kakitangan serta pensyarah-pensyarah UnIPSAS.

Program yang bertemakan “Semarak Wakaf Kasih Sayang” telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis ugama Islam Dan Resam Melayu Pahang (MUIP) diiringi dengan ucapan aluan oleh YH Profesor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS, Haji Che Samsol bin Ibrahim Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang serta beberapa pegawai-pegawai MUIP dan Ketua Bahagian Dakwah PKZ Pahang.

Antara objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan dalam hal ehwal zakat harta dan pelaksanaan wakaf di negeri Pahang.

Seminar ini juga turut telah dilaksanakan di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) pada 23 Februari yang lalu dengan kerjasama Institusi Peradaban Islam Antarabangsa UCYP Kampus Tanjung Lumpur. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar pengajian Islam dan Perakaunan serta kakitangan-kakitangan dan pensyarah UCYP. 

Diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran awal kepada generasi-generasi muda pada masa kini dan dapat dilaksanakn di setiap IPT di seluruh negeri Pahang.

Disediakan Oleh,
Fatin Nor Azrin Binti Omar
Penolong Pegawai Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial