Serahan Sumbangan Bantuan Zakat RM80,000 kepada Pertubuhan Dapur Infaq Ummah Kuantan

Serahan Sumbangan Bantuan Zakat RM80,000 kepada Pertubuhan Dapur Infaq Ummah Kuantan

Alhamdulillah, bantuan zakat berjumlah RM80,000 kepada sebuah NGO iaitu Dapur Infaq Kuantan bagi menyokong usaha menyediakan juadah berbuka puasa dan melaksanakan aktiviti keagamaan untuk komuniti gelandangan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan sepanjang bulan Ramadan.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar PKZ & Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Hj. Othman, sebagai wakil Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, kepada Ustaz Badrul Jamili Kamaruddin Pengasas Pertubuhan Dapur Infaq Kuantan.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan dan menjadi asbab keberkatan buat semua pembayar zakat.

Teruskan berzakat, berkongsi rezeki, dan membantu mereka yang memerlukan.

Kongsikan di media sosial