SESI HI-TEA SANTAI PKZW BERSAMA MR. BENTONG KUKUHKAN KERJASAMA ZAKAT DAN WAKAF

GENTING HIGHLANDS, 12 November 2025 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik apabila satu sesi hi-tea santai telah diadakan bersama pihak Mr. Bentong dan barisan eksekutifnya di Garden Terrace, Aras 5, Swiss-Garden Genting Highlands pada jam 2.30 petang.

Sesi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKZW, Dr. Hj. Mohd Azmi bin Othman, bersama Pengurus Zon Barat, En. Zaisam bin Zainal, serta barisan eksekutif PKZW. Pertemuan berkonsep santai namun bermakna ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan serta potensi kerjasama dalam aspek zakat dan wakaf bagi tahun 2025.

Dalam sesi tersebut, perbincangan turut menumpukan kepada inisiatif bersama bagi memperkasa kutipan zakat korporat dan pembangunan projek wakaf yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar Bentong khususnya.

PKZW menyambut baik keterbukaan dan komitmen pihak Mr. Bentong dalam menjayakan agenda zakat dan wakaf negeri, seiring dengan usaha memperluas kesedaran serta penglibatan sektor korporat dalam tanggungjawab sosial berasaskan keagamaan.

Sesi mesra ini diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi fotografi sebagai simbol jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial