KUANTAN, 14 Jun 2024 –Takaful Ikhlas General Berhad (TIGB) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Takaful Ikhlas General Berhad yang diwakili oleh Encik Hamzah bin Alias, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Agensi TIGB, Ustaz Wan Jemizan bin Wan Deraman, Ketua Jabatan Syariah & Perundingan Perniagaan Kumpulan, Encik Khairul Shafnee bin Abdul Hamid, Associate Director, Kuantan Branch dan Encik Ahmad Kamal bin Amin, Pengurus Pembangunan Pernigaan, TIFB, Kuantan telah menunaikan zakat perniagaan Koperasi berjumlah RM122,985.40.
Manakala penerimaan zakat telah diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim.



Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Takaful Ikhlas General Berhad kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang