TAKLIMAT DAN KAUNTER KHAS PKZ DI ELETRIKSOLAR, JANDA BAIK SEMPENA OPS PZB 2026

BENTONG, 13 Januari 2026 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Barat dengan kerjasama PKZ Raub telah mengadakan sesi taklimat zakat serta membuka kaunter khas di Eletriksolar (M) Sdn. Bhd., Janda Baik sempena pelaksanaan Operasi PZB (Ops PZB) 2026.

Program ini bertujuan memberi penerangan berkaitan zakat serta mempromosikan PZB (Potongan Zakat Berjadual), iaitu kaedah bayaran zakat secara potongan bulanan melalui gaji, di samping memudahkan urusan pendaftaran, kemas kini maklumat dan khidmat nasihat zakat kepada para pekerja serta pihak pengurusan syarikat.

Taklimat zakat telah disampaikan oleh Ustaz Mohmad Al Zahir bin Shapiee, Penolong Pegawai Zakat Bentong, dengan penglibatan kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Barat dalam pengendalian kaunter khas sepanjang program berlangsung.

Hasil pelaksanaan dua sesi program ini, Rumusan Kutipan Borang PZB Eletriksolar (M) Sdn. Bhd. merekodkan sebanyak 35 borang PZB diterima, melibatkan 13 PZB baharu dengan kutipan RM85.00 serta 22 PZB tambahan berjumlah RM1,557.40, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM1,642.40.

Pusat Kutipan Zakat Pahang berharap pelaksanaan Ops PZB ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kewajipan berzakat, seterusnya menggalakkan lebih ramai kakitangan sektor korporat menyertai skim Potongan Zakat Berjadual sebagai kaedah pembayaran zakat yang mudah dan berterusan.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial