JENGKA, 14 JANUARI 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Tengah telah mengadakan satu program taklimat dan kaunter sempena Kursus Asas Haji yang bertempat di Masjid Sultan Abdullah , Jengka. Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan program taklimat zakat kepada bakal-bakal haji yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Zon Tengah PKZ Pahang, Ustaz Abdul Majid bin Abdul Manaf. Turut terlibat di dalam program ini adalah 2 orang pegawai PKZ Pahang cawangan Jengka iaitu Ustaz Muhammad Faizal bin Shahimi dan Ustaz Zulkaria bin Osman
Seramai 100 orang peserta telah hadir di dalam program tersebut. Sepanjang program ini dijalankan PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat daripada 4 pembayar baru dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM2,488.00 dan 2 orang pembayar baru wakaf dengan jumlah kutipan sebanyak RM170.00.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Jusny bin Jaafar
Penolong Pengurus Cawangan
Pusat Kutipan Zakat Cawangan Jengka