TAKLIMAT PELAKSANAAN ZAKAT PENDAPATAN UNTUK PENJAWAT AWAM DAERAH PEKAN

PEKAN, 11 Oktober 2024 – Selepas daerah Kuantan, program taklimat khas kesedaran pembayaran zakat pendapatan melalui kaedah potongan gaji di kalangan penjawat awam telah diadakan di daerah Pekan. Program yang berlangsung di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ini telah dihadiri oleh 112 penjawat awam pelbagai gred daripada 12 jabatan negeri dalam daerah Pekan. Objektif program adalah untuk menerangkan kaedah pengiraan zakat pendapatan terkini di samping menyediakan kemudahan membuat taksiran dan pembayaran zakat secara efisien.

Pengisian program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Haji Jumshoiry Novdany Bin Mohd Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan slot Santapan Rohani disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rizal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Manakala taklimat khas pelaksanaan zakat pendapatan dan wakaf disampaikan oleh Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramli, Ketua Bahagian Korporat & Pemasaran Wakaf Pahang. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Pekan, YH Dato Zaliza bin Zulkifli.Turut hadir meraikan program tersebut adalah Tuan Haji che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Tuan Mohd Rizal bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah JAIP.

Dalam program tersebut, seramai 75 orang perserta yang hadir telah melaksanakan ibadah zakat melalui potongan gaji bulanan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di atas inisiatif penganjuran ‘road show’ program taklimat khas kesedaran pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Semoga pihak pentadbiran dan seluruh penjawat awam negeri Pahang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Disediakan oleh:
Mohd Azmi bin Haji Othman
Ketua Bahagian Korporat dan Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial