26 JANUARI 2023, JERANTUT – Pusat Kutipan Zakat Pahang daerah Jerantut telah berjaya mengadakan satu program penerangan berkenaan kewajipan zakat pendapatan melalui potongan zakat berjadual kepada 35 orang guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Program setengah hari ini telah disertai oleh seluruh kakitangan Sekolah tersebut.
Taklimat program ini telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Cawangan PKZ daerah Jerantut, Ustaz Mohd Raqib bin Mohamad yang membicarakan berkenaan kewajipan zakat dan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah untuk memohon wakalah. Syarat yang dikenakan adalah potongan gaji bulanan kakitangan sekolah menengah hendaklah melebihi RM2,500 dan peratusan kakitangan berzakat mestilah melebihi 90% daripada jumlah kakitangan muslim. Di akhir program tersebut turut diadakan sesi soaljawab bagi menjawab sebarang kemusykilan yang timbul berkenaan Wakalah Sekolah.
Diharap dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapatlah membuka mata warga pendidik untuk membuat potongan zakat ini kerana dengan adanya program wakalah ini maka pihak sekolah dapat memanfaatkan semula agihan zakat kepada asnaf di dalam sekolah sendiri seperti pelajar-pelajar miskin, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau sekolah.
Disediakan oleh,
Shahrizal Bin Othman
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Jerantut
