TAKLIMAT ZAKAT BERSAMA RISDA TEMERLOH

TEMERLOH, 10 Ogos 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Temerloh dengan kerjasama RISDA daerah Temerloh telah mengadakan sesi taklimat dan khidmat kaunter kepada lebih 30 orang usahawan RISDA Stesen Temerloh. Turut hadir pada program tersebut iaitu Pegawai RISDA Daerah Temerloh, Encik Mohamad Akhiruddin bin Mohamad dan Ketua Unit Pembangunan Usahawan, Encik Mohamed Basir bin S.M Ariff.

Pengurus PKZ Zon Tengah, Haji Mohd Asri bin Awang telah menyampaikan menyampaikan mesej zakat dan wakaf kepada para usahawan yang hadir melalui sesi taklimat serta kaunter perkhidmatan yang disediakan. Hasil daripada program tersebut, hampir 10 orang usahawan telah menunaikan terus pelbagai jenis zakat dan selebihnya telah membuat taksiran zakat peribadi mereka, seterusnya akan membuat bayaran di pejabat PKZ Temerloh.

Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya membayar zakat bagi membantu asnaf zakat yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial