BENTONG, 23 September 2024 – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang telah menyertai 9 siri setiap kursus wajib anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK) sepanjang tahun 2024. Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK untuk mengisi ruang slot Penerapan Nilai-Nilai Islam Pengurusan Zakat Dan wakaf kepada kakitangan sektor awam yang menyertai kursus tersebut.



Di dalam slot tersebut, para pegawai Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang memberi penekanan terhadap kewajipan zakat Pendapatan, Wang Simpanan, Emas dan fadhilat berwakaf kepada para peserta kursus. Para peserta digalakkan membuat pembayaran zakat dan wakaf melalui potongan gaji secara bulanan kerana lebih mudah dan meringankan. Sepanjang kursus diadakan seramai 50 peserta telah menunaikan ibadah mereka melalui system potongan gaji.
Pihak PKZ Pahang mendoakan supaya kakitangan yang telah menunaikan ibadah zakat dan wakaf mereka diberi ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT dan memperolehi rezeki yang halal lagi berkat.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang