TEMERLOH, 13 Januari 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Tengah telah mengadakan satu program taklimat dan kaunter sempena Kursus Asas Haji yang berlangsung secara serentak dalam Zon Pahang Tengah iaitu daerah Temerloh, Jengka, Jerantut dan Maran.
Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan program taklimat zakat kepada bakal-bakal haji oleh pegawai zakat PKZ Pahang dari daerah-daerah yang terlibat. Dalam program tersebut, seramai 15 orang bakal jemaah telah mengambil kesempatan menunaikan kewajipan zakat mereka dengan bayaran sebanyak RM45,982.72 manakala 5 orang lagi melaksanakan ibadah zakat dan wakaf melalui skim potongan gaji bulanan.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang