TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN

KUANTAN, 10 Mac 2023 – Sempena Bulan zakat Dan Wakaf peringkat negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap pesakit-pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Program dengan kerjasama pihak HTAA, NGO Skuad Mesra Ibadah, NGO Pertubuhan Sahabat Telekung Kuantan dan NGO Projek Jalinan Kasih telah menyampaikan set Kit Mesra Mesra Ibadah dan set makanan kepada para pesakit di wad-wad HTAA. Selain daripada bantuan ini, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga sentiasa menyalurkan bantuan berbentuk peralatan kesihatan dan bantuan kepada tabung pesakit setiap hospital dalam Pahang.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah menyampaikan kit yang terdiri daripada telekung, buku panduan ibadah, penyembur wuduk dan alat bantuan tayamum kepada pihak hospital di ruang legar Kompleks Rawatan Luar. Turut mengiringi beliau dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan HTAA, Encil Zai Akmal Arawi, Pengerusi Skuad Mesra Ibadah HTAA Haji Che Mohd Nasir Ibrahim, Pengerusi Sahabat Telekung Kuantan Puan Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh dan Pengerusi Projek Jalinan Kasih Puan Noordeyana Mohd Rashdi.

Selepas program penyerahan berlangsung, tetamu yang hadir telah menziarahi pesakit di wad-wad hospital. Adalah diharapkan dengan agihan kit mesra ibadah tersebut akan memudahkan para pesakit untuk mempelajari dan menunaikan ibadah sepanjang berada di wad.

Disediakan oleh,
Mohd Khaireeyl Zharul Izhar bin Saharudin
Bahagian Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial