KUANTAN, 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadan 1444H – Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Bini Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan menunaikan kewajipan zakat harta baginda berdua bertempat di Istana Abduaziz, Kuantan.
Bayaran zakat harta baginda berdua telah diterima oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.
Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada KDYMM Tuanku berdua atas ibadah zakat yang dilaksanakan.
Manakala zakat fitrah Tuanku Agong pula diterima oleh Amil Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Ustaz Solehin bin Abdul Aziz.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
