KUANTAN, 10 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat Siri 3 Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Turut berangkat paduka anakanda iaitu Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob.
Turut hadir, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Pada majlis itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah berkenan menerima lima serahan zakat terawal daripada dua puluh satu badan Korporat yang akan menyerahkan zakat perniagaan mereka iaitu Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK) (RM 4,000,000.00), Lembaga Tabung Haji (RM 5,648,204.23), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) (RM 3,000,000.00), Kumpulan DRB-HICOM (RM 2,450,000.00) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) (RM 2,383,000.00).



Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menyaksikan serahan zakat badan Korporat kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Yang Dipertua MUIP. Penyerahan zakat perniagaan seterusnya daripada enam belas badan korporat diikuti daripada Kumpulan Far East Holdings Berhad & Madah Perkasa Sdn Bhd (RM 2,179,615.60), LKPP Corporation Sendirian Berhad & Dominion Square Sdn Bhd (RM 2,100,000.00), FOMEMA Sdn Bhd (RM 2,000,000.00), Alam Flora Sdn Bhd & Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (RM 1,696,221.93), Felcra Berhad (RM 1,294,152.95), Bank Rakyat (RM 857,312.00), YP Maintenance Sdn Bhd (RM 723,551.13), Telekom Malaysia Berhad (RM 509,262.00), PLUS Malaysia Berhad (RM 500,000.00), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (RM 500,000.00), RHB Islamic Bank Berhad (RM 450,000.00), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM 432,684.52), Public Islamic Bank Berhad (RM 400,000.00), Bank Islam Malaysia Berhad (RM 368,000.00), Celcom Digi Berhad (RM 364,780.00) dan Takaful Ikhlas General Berhad (RM 122,985.40). Jumlah keselurahan serahan zakat pada majlis tersebut adalah berjumlah lebih RM 31,979,769.76.
Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada seluruh badan korporat yang melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka dan didoakan semoga semakin bertambah keberkatan diperolehi di masa mendatang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang