UNIPSAS BERZAKAT

KUANTAN, 10 Januari 2025 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) menerima RM 50,000.00 bayaran zakat daripada Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS). Bayaran zakat tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNIPSAS, YB. Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaakob kepada Pengurus Besar PKZ dan Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Othman.

Majlis serahan ini diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, iaitu Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor (UNIPSAS), YBrs. Dr. Muhammad Hafiz Bin Dato’ Haji Yaakob dan YBrs. Prof. Madya. Dr. Ahmad Effat Bin Mokhtar.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada UNIPSAS kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen binti Mohamad Razali
Pelatih Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial