YAB MENTERI BESAR PAHANG BERZAKAT

KUANTAN, 29 Disember 2022 bersamaan 24 Jamadilakhir 1444H, Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmatNya, Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merangkap Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan beliau untuk tahun 2022 bertempat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan.

Zakat YAB Menteri Besar telah diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan diiringi oleh Ketua Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam PKZ Pahang, Haji Che Samsol bin Ibrahim.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri atas ibadah zakat yang dilaksanakan oleh beliau. Semoga zakat ini menjadi tauladan terbaik kepada semua rakyat Pahang yang beragama Islam dalam menunaikan kewajipan untuk membantu Asnaf zakat di Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial