YAB MENTERI BESAR PAHANG BERZAKAT

KUANTAN, 11 Disember 2024 – Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya. Pada hari ini, Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, yang juga merupakan Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan beliau bagi tahun 2024. Majlis ini berlangsung di Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) cawangan Kuantan.

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy telah membuat bayaran zakat beliau di Kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) cawangan Kuantan. Pihak PKZ Pahang turut mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy dengan ganjaran yang sebaik-baiknya serta keberkatan di dunia dan akhirat atas pelaksanaan ibadah zakat yang dilakukan beliau. Semoga zakat yang diserahkan ini menjadi teladan terbaik kepada seluruh umat Islam di Pahang dalam menunaikan kewajipan membantu asnaf zakat di negeri ini.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen binti Mohamad Razali
Pelatih Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial