YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG BERZAKAT

KUANTAN, 18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H, Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmatNya, Setiausaha Kerajaan Pahang Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak yang juga merangkap Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan beliau untuk tahun 2023 yang bertempat di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan.

Zakat YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan diiringi oleh Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Haji Che Samsol bin Ibrahim.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. atas ibadah zakat yang dilaksanakan oleh beliau. Semoga zakat ini menjadi tauladan terbaik kepada semua rakyat Pahang yang beragama Islam dalam menunaikan kewajipan untuk membantu Asnaf zakat di Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial