ZAKAT PERNIAGAAN
Definisi
Perniagaan atau dalam bahasa Arabnya Tijarah bermaksud jual dan beli untuk mendapatkan untung.
Semua jenis perniagaan wajib ditaksir zakat selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak sama ada perniagaan sendiri, perkongsian, berhad, koperasi atau lain-lain.
Dalam kes perkongsian, zakat dikenakan ke atas jumlah keseluruhan nilai harta (sum value) yang dimiliki oleh rakan kongsi.
Nilai zakat yang dikenakan atas setiap rakan kongsi dikira mengikut nisbah modal yang disumbangkan oleh setiap individu yang menyertai perkongsian tersebut.
Perbahasan fiqh mengklasifikasikan sumber zakat perniagaan seperti berikut:
Perniagaan berasaskan barangan seperti kedai runcit, borong, pasaraya, industri dan lain-lain.
Perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti bank, bengkel kereta dan lain-lain
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
KAEDAH KIRAAN
Bagi sesebuah perniagaan yang mempunyai penyata kewangan yang lengkap, pengiraan zakat adalah berpandukan ‘kunci kira-kira’ (statement of financial position).
KAEDAH MODAL BERKEMBANG
KAEDAH MODAL KERJA
*Bagi yang TIDAK MEMPUNYAI penyata kewangan yang lengkap, kaedah pengiraan zakat adalah seperti berikut
contoh: kedai runcit, kedai buku, pasaraya - kaedah seperti kaedah modal kerja
contoh: kontraktor - (Terimaan Perniagaan - Perbelanjaan Perniagaan) = Keuntungan setahun x 2.5%