Zakat Emas
Definisi
Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.
Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian:
Emas yang dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
* Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.
FATWA-FATWA YANG BERKAITAN
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersetuju memutuskan bahawa kadar uruf pemakaian emas negeri Pahang adalah 500 gram (bermula tahun 2012). Mesyuarat juga bersetuju bayaran zakat emas dipakai adalah berdasarkan kepada keseluruhan emas yang dimiliki apabila telah mencapai nisab 500 gram.
Kaedah Kiraan
Emas Pakai
Emas Simpan
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT EMAS
(Andaikan Nisab Semasa 85 gram emas adalah RM 22,078.55)
* Nisab semasa ini berubah-ubah pada setiap bulan. Sila rujuk PKZ untuk maklumat terkini
Emas tersimpan seberat 90 gm.
1 gm emas : (RM 22,078.55 / 85) = RM 259.75
90 gm emas : 90 gm x RM 259.75 = RM 23,377.50
Zakatnya : RM 23,377.50 x 2.5% = RM 584.44
Emas yang dipakai seberat 600 gm.
Uruf pemakaian emas (bermula 2012) = 500 gm
1 gm emas : (RM 22,078.55 / 85) = RM 259.75
600 gm : 600 gm x RM 259.75 = RM 155,850.00
Zakatnya : RM 155,850.00 x 2.5% = RM 3,896.25
Zakat Perak
Definisi
Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.
Kaedah Kiraan
Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut.
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERAK
Andaikan 1 gram perak = RM 3.00
Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.
1,000 gram (melebihi 595 gram)
1,000 x RM 3.00 = RM3,000
Zakatnya : RM 3,000 X 2.5% = RM 75.00