Zakat Rikaz dan Ma'adin
Definisi
Secara asasnya zakat galian atau dikenali sebagai rikaz dan ma’adin adalah dari emas dan perak yang dijumpai oleh manusia dari perut bumi.
Pembahagian Zakat Rikaz dan Ma'adin
Segala harta benda (emas dan perak atau seumpamanya) yang tersimpan di dalam bumi dan mempunyai tanda-tanda bahawa ia tersimpan sebelum kedatangan Islam sebagai contoh: harta karun
Hasil galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair diproses dan menghasilkan logam galian atau dalam bentuknya sebagai contoh emas, perak, bijih besi, dan lain lain.
Syarat Tambahan
Tidak disyaratkan haul bahkan zakat wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi secara mencukupi nisab.
Kaedah Kiraan
Ma'adin
Rikaz
Contoh Pengiraan Zakat Maadin/Galian
Emas yang digali dapat diperolehi seberat 1000 gram sepanjang tempoh perlombongan selama setahun
Nilai emas selepas dibersihkan : RM 158,074.24
Zakatnya (RM 158,074.24 x 2.5%) : RM 3,951.86