Zakat Saham

Definisi

Zakat yang dikeluarkan ke atas perlaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya.

Syarat tambahan

Pelaburan yang halal dan menepati Syara’

Kaedah Kiraan

SAHAM BERBENTUK SIMPANAN
Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas harga terendah dalam tempoh setahun. Cara pengiraannya adalah sama seperti kaedah pengiraan zakat wang simpanan. Dapatkan jumlah nilai terendah dalam tempoh setahun, jika menyamai atau melebihi nisab darab dengan kadar zakat 2.5%
ZAKAT BERBENTUK JUAL BELI (TRADING)
Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun/tarikh cukup haul.
Contoh

1 lot = 1,000 unit
Harga beli 1 jan 2013 = RM 10.00 seunit
(1 Lot = 1,000-unit X RM10 = RM 10,000)
Harga pada tarikh cukup haul = RM 9.00 seunit
(20 Disember 2013) (1 Lot = 1,000-unit X RM9 = RM 9,000)
Zakat yang dikenakan = RM 9,000 X 2.5%
= RM225.00