ZIARAH PENTERNAK PKZ RAUB

RAUB, 21 Jun 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang Cawangan Raub telah mengadakan program ziarah penternak yang disertai oleh Penolong Pengurus PKZ Raub, Ustaz Mohd Khairon bin Umar, bersama pegawai beliau, Encik Hairul Nain bin Mkhatar. Program ini berlangsung di Kampung Gali, Raub dan bertujuan untuk menyantuni serta memberi penerangan berkaitan zakat ternakan kepada para penternak di kawasan tersebut.

Dalam program ini, Ustaz Mohd Khairon bin Umar dan Encik Hairul Nain bin Mkhatar telah berpeluang melawat beberapa penternak termasuk Encik Othman bin Atan yang menternak 250 ekor itik telur dan Encik Mohd Ariffin bin Ibrahim yang menternak 30 ekor kambing. Kunjungan ini memberi ruang kepada pihak PKZ Raub untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh penternak serta memberikan penerangan berkaitan zakat khususnya zakat ternakan kepada para penternak.

PKZ Pahang berharap dengan adanya program seperti ini, para penternak akan lebih bersemangat dalam mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak PKZ dengan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zakat dalam memperkukuh ekonomi ummah.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial