BERA, 03 Ogos 2023 – Pusat Kutipan Zakat Zon Tengah telah mengadakan kunjungan kepada beberapa penternak lembu di sekitar daerah Bera. Di antara penternak yang diziarahi adalah Encik Aznan Bin Chik, 54 tahun merupakan seorang pembayar zakat kali pertama di Pusat Kutipan Zakat Pahang. Encik Aznan adalah seorang penternak jaya yang memelihara lebih dari 500 ekor lembu yang diusahakan bersama anaknya di perkampungan Ladang Triang 02, Bera.



Seterusnya kunjungan dibuat terhadap Encik Zulazli bin Zulkifli, 60 tahun yang merupakan pembayar zakat ternakan istiqamah semenjak 10 tahun lepas. Beliau merupakan seorang pesara kerajaan telah menternak sebanyak 150 ekor lembu bertempat di Ladang Mengkarak, Bera. Menurut Encik Zul, beliau mengakui bahawa dengan keberkatan ibadah zakat yang beliau tunaikan selama ini telah membuatkan ternakannya berkembang biak seperti yang ada hari ini. Beliau turut menyeru kepada masyarakat agar menunaikan kewajipan berzakat ini kerana padanya tersimpan seribu hikmah di antaranya kita dapat berkongsi rezeki kepada masyarakat yang memerlukan.
Dengan wujudnya program ziarah penternak ini, ianya dapat memberi pendedahan berkaitan zakat harta khususnya zakat ternakan kepada para penternak selain dapat mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat khususnya penternak bersama PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Luqman Hakim Bin Md Mokhtar
Pembantu Pegawai Zakat 1
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Bera