PEKAN, 25 September 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Timur telah mengadakan satu sesi ziarah, taklimat dan dakwah ke beberapa usahawan bimbingan FAMA dan beberapa penternak di sekitar Felda Gugusan Chini. Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Timur yang diketuai Pengurus Zon Timur, Tuan Haji Azmi bin Othman bersama kakitangan PKZ Pahang Zon Timur telah menjalankan program ziarah ini selama dua hari di penempatan peneroka sekitar Chini.
Pada hari kedua Pengurus Zon Timur turut menyampaikan taklimat zakat dan wakaf kepada 70 org sahabat2 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Chini Timur. Pada hari tersebut juga PKZ Zon Timur turut menziarahi penternak yg memiliki lembu baka lembu sado jenis Chevrolet, Brahman dan Limousin serta kambing kacukan. Kunjungan PKZ Zon Timur ini turut diiringi oleh pegawai AIM cawangan Pekan Puan Siti Zuniadah dan Encik Mohd Zaid selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung (JKK) Chini Timur 3. Encik Zaid turut mengambil kesempatan dengan menyerahkan simbolik bayaran Potongan Zakat Felda para peneroka Chini Timur berjumlah RM 13,000.00 kepada PKZ Pahang
Dengan wujudnya program ziarah ini, ianya dapat memberi pendedahan berkaitan zakat harta khususnya zakat ternakan kepada para penternak selain dapat mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat bersama PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Faiz bin Mohd Shukor
Pegawai Pusat Kutipan Zakat Pahang
Cawangan Pekan
