WAKALAH
Wakalah zakat merujuk kepada pemberian kuasa atau keizinan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada individu, organisasi, syarikat, atau institusi yang telah membayar zakat untuk mengagihkan sendiri sebahagian daripada zakat tersebut kepada asnaf yang layak, mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
WAKALAH INDIVIDU, IPT DAN KORPORAT
Kadar pemulangan semula wang zakat kepada pembayar adalah sebanyak 30% daripada jumlah bayaran zakat yang telah dibayar kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).
BAYARAN ZAKAT MINIMA
Untuk melayakkan permohonan wakalah, jumlah bayaran zakat minimum kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) adalah seperti berikut
KORPORAT
INDIVIDU
IPT
Agihan
Asnaf yang dipilih untuk menerima agihan wakalah hendaklah terdiri daripada asnaf zakat yang menetap di Negeri Pahang sahaja.
Urusan agihan mestilah diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan wang wakalah daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Sekiranya wang wakalah tidak dapat diagihkan sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan, baki wang tersebut hendaklah dipulangkan semula kepada MUIP.
Pelaporan
Setiap syarikat, organisasi, individu atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima kelulusan wakalah hendaklah mengemukakan laporan lengkap senarai asnaf penerima agihan sebaik sahaja keseluruhan sumbangan zakat selesai diagihkan.
Laporan tersebut mestilah disediakan mengikut format rasmi yang ditetapkan (muat turun borang laporan), dan dikemukakan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk tujuan semakan dan rekod.
CARA MEMOHON
Syarikat, organisasi, individu atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang ingin memohon wakalah hendaklah mengemukakan permohonan rasmi dengan:
Mengisi Borang Permohonan Wakalah (muat turun borang wakalah).
Melampirkan salinan maklumat bank yang memaparkan nama bank, nombor akaun dan nama pemilik akaun bagi tujuan rujukan pembayaran balik.
Nota Penting:
Permohonan hanya sah untuk bayaran zakat dalam tahun semasa sahaja.
Permohonan hanya dibenarkan sekali dalam setahun.
Permohonan baharu perlu dibuat bagi setiap tahun berikutnya.
Semua permohonan serta laporan agihan wakalah hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang
No. 111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(U.P.: Mohd Akmal Afif Bin Mohd Nasir)
Telefon: 09-513 1515 Faks: 09-515 7151
Emel: korporat@zakatpahang.my
MUAT TURUN BORANG WAKALAH DAN LAPORAN
WAKALAH SEKOLAH
Kadar pemulangan semula wang zakat kepada pembayar adalah sebanyak 30% daripada jumlah bayaran zakat yang telah dibayar kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).
Syarat-syarat
Bilangan kakitangan beragama Islam yang membuat bayaran potongan zakat berjadual (bulanan) kepada PKZ Pahang adalah pada kadar minimum 90%
Amaun potongan zakat sebulan
Sekolah menengah RM 2500
Sekolah Kebangsaan RM 1,000
Agihan
- Penerima adalah asnaf sebagaimana panduan agihan wakalah.
- Agihan mesti diselesaikan sebelum bermula sesi berikutnya.
- Perlu nyatakan alasan sewajarnya sekiranya agihan tidak dihabiskan dalam tempoh ditetapkan.
Permohonan
Permohon boleh dibuat di pautan di bawah.